Wednesday, February 25, 2009

Forum Pemikiran Bangi Siri Ke-II


Objektif :


1. Sebagai Pengisian ke arah merealisasikan Bandar Baru Bangi Sebagai Bandar Ilmu.

2. Sebagai Platform untuk membincangkan peranan Institusi Surau dan Masjid dalam usaha untuk merealisasikan Bandar Baru Bangi Sebagai Bandar Ilmu.

3. Sebagai Platform untuk menyatukan semua Ngo, Institusi Surau dan masjid di sekitar Bandar Baru Bangi dalam merangka program yang tersusun dan terancang serta berkesan untuk merealisasikan Bandar Baru Bangi Sebagai Bandar Ilmu.


Anjuran Bersama :

· Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi

· Mini Kabinet Adun Bangi.

· Jaringan Siswazah Malaysia

· Ikatan Studi Islam UKM.

· Gabungan Surau-Surau Bandar Baru Bangi.


Tempat & Tarikh


Tempat : Dewan Seminar. PKNS Bandar Baru Bangi

Tarikh : 1 Mac 2009


Cadangan Ahli Panel :


  • Al-Fadhil Tuan Kadhi Kajang .
  • Wakil Surau : Tn Hj Mohg Ghazali Hj Abbas
  • Wakil NGO : Dr Mohd Nur Manuty ( Wakil NGO )
  • Ahli Akademik : Prof Madya Dr Zulkiple Abd Ghani ( Ahli Akademik)
  • Pengerusi Forum : Dr Zakry Osman ( Mini Kabinet Bangi)


** Maklumat lanjut dan penyertaan boleh menghubungi:-


Ust. Jameer Saad
Tel: 012-6370023
Email: jamirkodiang@yahoo.com


Sunday, February 22, 2009

Pelancaran buku sulong terbitan Aman Palestin


Dr. Hj. Tajul Ariffin menarik riben sebagi simbolik pelancaran buku sulong terbitan Aman Palestin "BISNES DENGAN ALLAH"

*Para pengunjung boleh mendapatkan sebuah buku "BISNES DENGAN ALLAH" pada harga RM 10.00

Sidang Media bersama wartawan KOSMO!

Dr. Hj. Tajul Ariffin Noordin (YDP PPBBB) memperkatakan sesuatu kepada wartawan KOSMO! berkaitan program Pesta Buku Bangi 2009. Turut bersama ialah wakil dari Aman Palestin.

Program Bicara Buku



Saturday, February 21, 2009

Pelancaran Buletin Bangi

Buletin Bangi merupakan lidah rasmi Persatuan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.

Edaran percuma untuk warga Bangi.

Gambar Sekitar Perasmian PESTA BUKU BANGI 2009

Ketibaan YB Tn. IR. Iskandar Abdul Samad, diiringi oleh YB Dr Shafie Abu Bakar (Adun Bangi), Dr Tajul, Ahli Majlis Perbandaran Kajang dan dif-dif kehormat.

Memohon keberkatan dari Ilahi dan dijauhkan dari maksiat. Amin.

Dr. Hj. Tajul Ariffin memberi ucapan.

YB Dr Shafie pula memberikan ucapan. Kata YB, kita akan ubah imej Tasik Cempaka (pernah masuk dalam mastika dulu kan) dari tempat maksiat kepada laman ilmu dan seni budaya. Akan ada diskusi ilmiah dan tempat persembahan seni budaya yang "romantis" seperti puisi, sajak dan sebagainya.
YB Tn. IR. Iskandar menekankan akan pentingnya pembudayaan ilmu dan kerajann negeri akan memperkembangkan konsep bandar ilmu ke seluruh Selangor.

YB Tn. IR. Iskandar memotong riben sebagai simbolik perasmian Pesta Buku Bangi 2009

Persembahan nasyid daripada Anak-anak Council Homes.

Penyampaian hadiah buat perasmi, YB Tn. IR. Iskandar.


Jemput semua datang ke Pesta Buku Bangi. Bermula 18 Feb - 1 Mac 2009. Jom!
**
Hadiah cabutan bertuah menanti anda.

Pesta Buku Bangi 2009


Ayuh bersama kita meriahkannya. Membaca jambatan ilmu.

Wajah Syuhada' Ghazzah


SYAHID KEBANGGAAN KAMI

Berderau darah dan tiba - tiba nafas menjadi kencang sebaik saya mendengar kenyataan live seorang serikandi HAMAS di Gazzah semalam sebagaimana yang paparkan oleh RTM 1 .

Ketika ditanya mengenai situais getir yang dihadapi oleh ummat Islam di Gazzah , Dughmush Nawal seorang ibu berusia 50an dengan bangga memberitahu bahawa seorang anaknya telah syahid dan seorang lagi sedang berjuang di medan menentang Yahudi Alaihi Laknatullah .

" Saya tidak menyesal , syahid tidak mati tetapi hidup disisi Allah dan dia akan masuk syurga sementara yahudi akan masuk neraka ." kata Dughmush .

Apa yang lebih menarik , beliau menegaskan bahawa setiap orang yang gugur syahid dikalangan anak - anak mereka [ muslimah Palastine ] , nescaya kami akan melahirkan seorang lagi pejuang baru untuk meneruskan perjuangan dan syahid .

Amnah Gaber pula seorang guru dengan tenang dan berani menggesa supaya ummat Islam bangun berjihad membebaskan al Aqsa dan mendapatkan janji - janji Allah buat mereka yang berjihad di jalan Allah swt .

Sungguh mengharukan ! demikianlah semangat jihad yang sebelum ini kita hanya membacanya di dalam kitab - kitab silam yang meriwayatkan keperwiraan atau kesatriaan serikandi Islam menentang kuffar dan musuh - musuh Allah swt .

Kini Gazzah menjadi kitab besar untuk dihayati oleh seluruh pejuang - pejuang Islam . Semangat jihad mereka sungguh mulia dan jitu . Bagaimanalah kita pula ?

Bumi kita ini aman . Perjuangan di urus dalam keadaan serba mudah dan senang . Begitu pun masih ada yang takut dan enggan untuk bersusah payah menyertai perjuangan mendaulatkan syariat Allah swt di bumi ini .

Banyak pula alasan dikemukakan . Semuanya menjurus ke arah mengelak diri dari menyertai perjuangan suci untuk meninggikan kalimah Allah swt . Terkadang mereka bijak bermain alasan sehingga kelihatan mereka pula berada di pihak yang benar .

Malu kita dengan muslimah Palastine . Mereka hidup dalam dunia bergolak dan senantiasa mengancam nyawa . Mereka ada tawaran untuk selamat iaitu berdamai dengan Israel . Tapi mereka memilih untuk pertahankan al Aqsa dan berjihad menyelamatkan agama dan tanahair mereka dari cengkaman Yahudi .

Gambar sekitar Malam Save Gaza



Laungan semangat dan takbir membangkitkan semangat hadirin


Bacaan Resolusi dan Deklarasi Bangi oleh semua NGO yang terlibat dalam sekretariat SAVE GAZA Bandar Baru Bangi.


Solat Hajat Perdana

Malam Save Gaza (7 Feb 2009)


Penyerahan mok cek berjumlah RM100,000.00 kepada wakil Gaza pada malam “SAVE GAZA” Stadium Bangi, Seksyen 15. Kali ini Stadium Bandar Baru Seksyen 15 bergegar dan bergema dengan takbir Allah Akbar ! Laknat Yahudi ! Hancu Yahudi ! Hancur Amerika ! Boikot Yahudi ! Boikot Amerika. Inilah semangat yang masih membara, membakar jiwa muda mudi untuk memayungi Islam. Kedatangan berbondong-bondong masyarakat Bangi tanpa mengira pandangan pribadi maupun hala tuju politik, menunjukkan keprihatinan mereka terhadap isu Palestin khususnya Gaza masih lagi hidup membara di dalam jiwa mereka. Mereka membawa anak-anak kecil yang masih menyusu, tikar dan sejadah untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada umat Islam yang ditindas. Nikmat ini jarang-jarang sekali dilihat, alangkah besarnya isu Gaza ini. Alangkah baiknya sekiranya isu Masjid al Aqsa yang terpenjara sekarang ini juga menjadi igauan umat Islam. Alangkah nikmatnya sekiranya kita termimpi-mimpi untuk membebaskan Masjid al Aqsa yang terpenjara. Al Aqsa merintih dan merindui umat Islam untuk menziarahinya dan seterusnya membebaskannya dari cengkaman Zionis.

Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya untuk mengumpulkan ribuan masyarakat Bangi dan membuat kutipan melebihi RM150,000.00. Terima kasih diatas sumbangan dan keprihatinan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Saudara/i. Segala penat lelah dan masa tetap akan diganjari oleh Allah tanpa menguranginya walau sebesar biji sawi.


Sajak untuk PALESTIN

Palestin
Tanah mu bergolak lagi
Dengan pekatan warna merah
Terpecik di sana sini
Sorak dan teriak
Kedengaran di mana-mana
Anak-anak mencari ibu bapanya
Hilang entah kemana
Di panah perluru berhantu
Dari puak kejam… Zionis durjana

Palestin
Nama mu hanya di kenali sebagai negara berdarah
Tidak pernah aman dari perluru hidup
Menembusi remaja dan kanak kanak
Tanpa belas kasihan
Dari air mata mereka yang tidak berdosa
Wajah ibu yang suram
Ayah nan derita
Menatap wajah tersenyum anak mereka dalam lipatan kain putih
Dan darah membasahinya
Kedengaran teriakan dan percikan perluru bersama
Dentuman dan ceraian bunyi Bom di mana jua
Menggegarkan suasana bahagia
Menjadi duka nestapa

Palestin
Mereka hanya melihat negara mu
Dari corong berita palsu CNN
Menutup segala aib zionis durjana
Membuka ruang membunuh bangsa tak berdosa
Tidak kira siapa.
Kanak-kanak yang tiada biasa mengerti apa-apa
Meraung karana terasa sakit pabila
Kudung tangan dan kakinya
Meratap hiba…… dan mereka terkulai layu dalam pelukan ibu dan ayah

** Karya asal:-http://www.fazdli.com/lain-lain/sajak-untuk-palestin/

Ayuh bersama kita BOIKOT.

Majlis Pelancaran kempen SAVE GAZA

Kempen Save Gaza telah peringkat Bandar Baru Bangi telah sempurna pelancarannya yang diadakan di kompleks PKNS Bangi pada 24 Januari yang lalu. Dr. Hj. Ariffin Noordin sebagai Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi telah merasmikan pelancaran ini.

Kempen Save Gaza - Bandar Baru Bangi

Atas kesedaran bahawa sahabat seakidah kita di bumi Gaza patut kita bantu dan tolong, maka satu komuniti khas telah ditubuhkan di peringkat penduduk Bnadar Baru Bangi. Sekreteriat Save Gaza telah ditubuhkan untuk melancarkan kempen SAVE GAZA yang dianggotai oleh persatuan penduduk, NGO-NGO dan syarikat-syarikat juga persatuan-persatuan. Semoga usaha yang dilakukan oleh kita diterima oleh Allah sebagai amal jariah.
My Photo
Name:

Sebarang maklumat dan permasalahan boleh dimaklumkan kepada admin Email:suarabangi@gmail.com Telefon:03-89258694

AJK PPBBB 2008-2010



---------------------------------------
Yang Di Pertua
---------------------------------------




---------------------------------------
Timbalan Yang Di Pertua
---------------------------------------

1. Hj. Mohd Ghazali Hj. Abbas
016-9722556 / 012-6770060


2. Ust. Hj. Hashim b. Nawawi
016-9690559



---------------------------------------
Naib Yang Di Pertua
---------------------------------------
1. Hj. Mohd Shafie Ngah
013-3377764
shafiengah@yahoo.com


2. Hj. Ahmad Sufi Munasir
013-3831212


3. Hj. Mohd Bukhari Bachuk
013-3537412
bukhari_syabab@yahoo.com


---------------------------------------
Setiausaha
---------------------------------------

Hj. Kamarudin Yusof
019-6449339
dinyusof@agri.upm.edu.my


---------------------------------------
Penolong Setiausaha
---------------------------------------

En. Abang Ahmad Kerdee B. Abang Masagus
012-6906106
abang_ahmad_kardee@yahoo.com


---------------------------------------
Bendahari
---------------------------------------

Hj. Hussin Yunus
019-6677501
hussinyunos@hasil.org.my


---------------------------------------
Ahli Jawatankuasa
---------------------------------------
1. Pn. Khadijah bt. Masrah
019-2922024


2. Ust. Jameer Saad
012-6370023
jamirkodiang@yahoo.com

3. En. Nordin Said
012-2595856
nbsaid2002@yahoo.com

4. Hj. Shaari Chin
019-2705354
5. Ust. Hj. Mat Radzi Mat Ali
019-3538674
ildas@jais.gov.com

---------------------------------------

Demi Masa

Indah Water (pembayaran) - 1800-88-3495
Indah Water (Perkhidmatan) - 03-5880-7828
Alam Flora - 180088-0880
Syabas (Aduan) - 180088-5252
Syabas (Perkhidmatan ) - 03-7781-4455
TNB - 15454
Aduan kerosakan JKR - 1800-88-5004
MPKj - 03-8737-7899
MPKj (Aduan) - 03-8736-8017
Kecemasan - 999
Direktori Telefon TMB - 103
Aduan kerosakan TMB - 100
Balai Polis Bangi - 03-8925 8222
Balai Polis Bandar Baru Bangi - 03-8925 0282
Balai Bomba Bangi - 03-8925 4444


03-87377899
sambungan:- 6041/7015