Monday, July 13, 2009

Kenyataan Media : Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)




Kenyataan Media
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

09.07.09

• Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Malasysia yang telah mengumumkan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) sepenuhnya tahun 2012.

• Bagi kami ini bererti bahawa mulai tahun 2012 semua pelajar baru tahun satu sekolah kebangsaan/sekolahb jenis kebangsaan, sekolah menengah tingkatan 1 dan sekolah menengah tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun 2010 dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya.

• Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks danbahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau daklam bahasa ibunda.

• GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkar sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat university.

• GMP perihatin terhadap para pelajar sekolah yang penguasaan ilmu sains dan matematiknya bertaraf rendah akibat kegagalan memahami bahasa Inggeris. Sehubungan itu GMP berharap pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengadakan kelas pemulihan untuk memperbaiki pencapaian mereka setarafr dengan mutu pelajaran sains dan matematik sebelum 2003.
• Pemansuhan ini adalah satu kejayaan kepada perjuangan rakyat. Bagi menghargai sokongan rakyat terhadap perjuangan ini maka Sambutan Pemansuhan PPSMI akan diadakan pada 19 Julai 2009 jam 9.00 malam di Stadium Bandar Baru Bangi, Selangor.
Semua dijemput hadir. Sekian terima kasih.


Dato’ Dr. Hassan Ahmad
Pengerusi
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

My Photo
Name:

Sebarang maklumat dan permasalahan boleh dimaklumkan kepada admin Email:suarabangi@gmail.com Telefon:03-89258694

Indah Water (pembayaran) - 1800-88-3495
Indah Water (Perkhidmatan) - 03-5880-7828
Alam Flora - 180088-0880
Syabas (Aduan) - 180088-5252
Syabas (Perkhidmatan ) - 03-7781-4455
TNB - 15454
Aduan kerosakan JKR - 1800-88-5004
MPKj - 03-8737-7899
MPKj (Aduan) - 03-8736-8017
Kecemasan - 999
Direktori Telefon TMB - 103
Aduan kerosakan TMB - 100
Balai Polis Bangi - 03-8925 8222
Balai Polis Bandar Baru Bangi - 03-8925 0282
Balai Bomba Bangi - 03-8925 4444


03-87377899
sambungan:- 6041/7015