Monday, July 13, 2009

Wajah Baru Politik Malaysia : Politik Berteraskan Kuasa Rakyat yang Bertindak Dengan Ledakan Maklumat




Wacana Buku berjudul "Wacana Wajah Politik Baru Malaysia' karya Dr Mujahid Yusof Rawa di Kompleks Bandar Baru Bangi .
Barisan Ahli panel : Hj Anual Bakri, YB Dr Zulkalfey Ahmad dan Sdr Ann Wang Seng dengan dipengerusi oleh Ust Zamri Zainal Abidin.

Antara pandangan hujah Ann Wang Seng yang menarik bila beliau bercakap soal Islam dan Keislaman dalam negara mengikut kefahaman berdasarkan kajiannya, hujah beliau hasil dapatan kajian khasnya berhubung orang Cina di negeri China terakru lebih awal Islam mereka daripada keislamannya orang Islam di nusantara. Islam tiba di China menjangku lebih 1400 tahun, dengan beliau menyinggung perkaitan dengan mengaitkan peristiwa semasa kini perbalahan di Xianjiang antara Xiughur dan Han bermotifkan apa? Lontaran ideanya tanpa dijawab.

Tambahnya lagi Islam orang di nusantara khasnya di didahului keislaman orang Cina dan bukannya orang Melayu nusantara. Tegas penenguhhan hujahnya. Katanya lagi sekarang siapa mualaf antara Melayu dengan orang Cina ? Lu fikirlah sendiri', disambut dengan gelak ketawa hadirin. Indonesia kelahiran 6 wali Songo yang dikajikan salah seorang katanya adalah wali berketurunan Cina.

Bagi YB Dr Zulkafley Ahmad mantan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat tentulah hujah sifatnya lebih mendasar dengan bertesiskan generasi kini sudah mula membuat anjakan dengan memberi satu landskap politik dan wajah politik baru yang merentasi garis kaum, agama yang mendapat sambutan 'hangat'. Justeru jangan ada usaha-usaha 'reverse' semula anjakan ini kepada kepompong cara gaya lama dan lagu lama. Dan PAS tidak mendominasi tetapi menunggu sahaja tindakan-tindakan massa secara semulajadi.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

My Photo
Name:

Sebarang maklumat dan permasalahan boleh dimaklumkan kepada admin Email:suarabangi@gmail.com Telefon:03-89258694

Indah Water (pembayaran) - 1800-88-3495
Indah Water (Perkhidmatan) - 03-5880-7828
Alam Flora - 180088-0880
Syabas (Aduan) - 180088-5252
Syabas (Perkhidmatan ) - 03-7781-4455
TNB - 15454
Aduan kerosakan JKR - 1800-88-5004
MPKj - 03-8737-7899
MPKj (Aduan) - 03-8736-8017
Kecemasan - 999
Direktori Telefon TMB - 103
Aduan kerosakan TMB - 100
Balai Polis Bangi - 03-8925 8222
Balai Polis Bandar Baru Bangi - 03-8925 0282
Balai Bomba Bangi - 03-8925 4444


03-87377899
sambungan:- 6041/7015