Friday, August 7, 2009

Bangi Bandar Ilmu: Program Percambahan Minda Islam III


Program Percambahan Minda Islam III
Pembahagian Harta Pusaka : Adil VS Persepsi

Tarikh : 9 Ogos 2009 (AHAD)
Masa : 8:30 am – 1:00 pm
Tempat : Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bangi




Panel Program
1. USTAZ MD YAZID BIN AHMAD

Berkelulusan Sarjana Pengajian Islam dalam bidang Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Telah berkhidmat sebagai pensyarah selama lebih sepuluh tahun. Bidang kepakaran ialah Undang-undang dan Pentadbiran Harta Islam/ Perbandingan.
Sering memberi sumbangan sebagai tetamu jemputan dalam Slot Sudut Hukum Radio IKIM dalam bidang berkaitan Harta Orang Islam. Kerap diundang memberi syarahan di ILIM dan ILDAS dalam bidang Faraid dan Pengurusan Harta Orang Islam. Menjadi kolumnis Faraid Majalah Solusi, terbitan Telaga Biru.. Salah seorang penulis buku Pengantar Undang-undang dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf Orang Islam di Malaysia.

2. ENCIK ARIFFIN SABIRIN

Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Ariffin Sabirin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994. Memulakan kerjaya di Citibank N.A sebagai Management Associate sebelum berkhidmat sebagai Perunding Pelaburan di RHB Unit Trust Management Berhad pada 1996. Kecemerlangannya di organisasi ini terbukti apabila beliau berjaya memenangi Anugerah Million Dollar Achiever ( MDA ) selama 3 tahun berturut-turut.
Pada tahun 1999, Ariffin bertugas di Crestcom Limited, sebuah organisasi yang berpusat di Denver. Colorado.. Ariffin kerap dijemput oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri, Jabatan Mufti, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta organisasi NGO yang lain untuk membentangkan kertas kerja dan memberikan ceramah di seluruh Malaysia berkaitan isu harta pusaka orang Islam. Sehingga hari ini lebih dari 500 program telah dihadirinya. Beliau juga pernah muncul di TV1 dan Wanita Hari Ini (TV3) untuk berkongsi maklumat mengenai topik pewarisan ini.. Ariffin juga adalah seorang kolumnis tetap di dalam Majalah Usahawan Sukses.

Yuran Pendaftaran
Hanya RM 20.00 sahaja - Student = RM 10, Suami Isteri = RM 35
Yuran termasuk makanan, bahan percetakan dan sesi khidmat nasihat.
Bayaran boleh dibuat sebelum dan semasa hari program.
Bayaran boleh juga dibuat dengan bank-in ke Akaun Wanita JIM daerah Hulu Langat. ---- CIMB Akaun : 1247-0002351- 05-8


Maklumat Lanjut


Sila hubungi:
Puan Hasnah : 012-2860224
Cik Siti Aishah : 012-6306709
Cik Nurul Huda : 016-6741207

Fax : (603) 89467106
Email : hajarkha@gmail. com

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

My Photo
Name:

Sebarang maklumat dan permasalahan boleh dimaklumkan kepada admin Email:suarabangi@gmail.com Telefon:03-89258694

Indah Water (pembayaran) - 1800-88-3495
Indah Water (Perkhidmatan) - 03-5880-7828
Alam Flora - 180088-0880
Syabas (Aduan) - 180088-5252
Syabas (Perkhidmatan ) - 03-7781-4455
TNB - 15454
Aduan kerosakan JKR - 1800-88-5004
MPKj - 03-8737-7899
MPKj (Aduan) - 03-8736-8017
Kecemasan - 999
Direktori Telefon TMB - 103
Aduan kerosakan TMB - 100
Balai Polis Bangi - 03-8925 8222
Balai Polis Bandar Baru Bangi - 03-8925 0282
Balai Bomba Bangi - 03-8925 4444


03-87377899
sambungan:- 6041/7015