Monday, August 10, 2009

ISU ARAK : Pendirian ADUN Bangi

Mon Aug 03, 09 4:26:53 pm MYT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) – Timbalan exco negeri Selangor, Dr Shafie Abu Bakar menyokong tindakan yang diambil oleh Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras dari sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8, Shah Alam.
Menurut beliau, tindakan MBSA itu berdasarkan peraturan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri serta enakmen syariah negeri Selangor.
Beliau menegaskan kerajaan telah memutuskan semua minuman keras tidak dibenarkan dijual secara terbuka di kedai runcit dan 7-eleven tetapi ia perlu lesen khas untuk orang bukan Islam.
Sepatutnya peraturan itu dihormati oleh semua pihak kerana larangan membeli dan minum arak itu hanya ditujukan kepada orang bukan Islam saja.
Dalam tindakan tersebut katanya, PAS tetap berpegang dengan prinsip mengikut hukum yang ditetapkan dalam Islam dan tercatat dalam peraturan kerajaan tempatan (PBT).
Mengulas tindakan MBSA itu, beliau kesal dengan sikap exco kerajaan negeri, Ronnie Liu yang campur tangan memaksa rampasan arak itu dipulangkan semula.
Beliau memaklumkan, seharusnya Ronnie menghormati tindakan yang telah diambil oleh PBT kecuali beliau mendapat bukti bahawa tindakan tersebut bercanggah dengan enekmen.
“Jika peraturan itu tidak dihormati rakyat akan keliru,” katanya.
Beliau turut menjelaskan premis 7-eleven di Bangi dahulu pernah menjual minuman keras yang mengandungi alkohol ringan tetapi penduduk Islam telah membantah dan akhirnya penjualan tersebut ditarik.
“Saya pernah membantah cadangan Majlis Perbandaraan Kajang (MPKJ) untuk membuka panggung wayang, saya bantah kerana penduduk di Bangi 95 peratus Melayu dan MPKJ menghormati keputusan kita,” tegasnya.
Beliau menegaskan peraturan dan hukum mesti dipatuhi di samping menghormati prinsip dan sensitiviti bangsa lain jika perkara itu tidak dilaksanakan ia akan menimbulkan masalah. – mns_

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

My Photo
Name:

Sebarang maklumat dan permasalahan boleh dimaklumkan kepada admin Email:suarabangi@gmail.com Telefon:03-89258694

Indah Water (pembayaran) - 1800-88-3495
Indah Water (Perkhidmatan) - 03-5880-7828
Alam Flora - 180088-0880
Syabas (Aduan) - 180088-5252
Syabas (Perkhidmatan ) - 03-7781-4455
TNB - 15454
Aduan kerosakan JKR - 1800-88-5004
MPKj - 03-8737-7899
MPKj (Aduan) - 03-8736-8017
Kecemasan - 999
Direktori Telefon TMB - 103
Aduan kerosakan TMB - 100
Balai Polis Bangi - 03-8925 8222
Balai Polis Bandar Baru Bangi - 03-8925 0282
Balai Bomba Bangi - 03-8925 4444


03-87377899
sambungan:- 6041/7015